Mug Cenderamata

Cenderamata Seramik
Mug, piring, cawan dan peralatan seramik yang digunakan tidak sama seperti mug yang banyak dijual di kedai-kedai biasa atau kedai RM2. Maknanya, mug yang dijual di kedai-kedai atau pasaraya tidak boleh digunakan untuk tujuan ini. Sebaliknya mug untuk tujuan ini merupakan sejenis mug yang diimport yang mempunyai lapisan khas pada bahagian luarnya. Menggunakan kaedah heat transfer dengan suhu melebihi 300 C, mug tersebut dipanaskan bagi memindahkan imej yang dikehendaki dengan menggunakan sejenis filem atau transfer paper khas.
Mutu cetakan dengan kaedah ini amat berkualiti dan imej tidak akan luntur jika mug digunakan dengan cara biasa. Ia boleh dibasuh dengan air dan sabun atau seumpamanya.

Tempahan:

Tiada tempahan minima, satu unit pun diterima kecuali mini mug dan mini glass. Minimum tempahannya ialah 48 biji. Sila e-mel gambar/imej dan wording yang hendak dicetak. Imej hendaklah sekurang-kurangnya dalam format .JPEG beresolusi minima 300 dpi.

Penghantaran:

Kecuali serahan tangan, semua pesanan dihantar melalui kourier seperti Pos Laju atau syarikat kourier yang lain (jika dikehendaki oleh pelanggan). Kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan.

Parcel tracking: http://poslaju.com.my/emstrack

Tracking Semasa: http://cendera-mata.blogspot.com/p/tracking.html

Iklan

Wednesday, December 9, 2009

TIP - Menjaga Mug Hiasan

Peralatan seramik yang dicetak menggunakan teknologi heat transfer seperti mug, cawan, piring dan lain-lain biasanya dijadikan hadiah atau cenderamata. Ia lebih sesuai disimpan sebagai kenang-kenangan. Menggunakannya setiap hari tidak digalkkkan kerana ia boleh merosakkan cetakannya apatah lagi jika ia dibasuh setiap hari.

Berikut ialah sedikit tip bagaimana menyimpannya supaya hadiah yang diberikan kepada anda dapat kekal selama-lamanya. Hargai pemberian seseorang lebih-lebih lagi daripada orang yang tersayang.

1. Simpan di tempat yang sesuai seperti di dalam almari/kabinet berkaca.
2. Hindari habuk atau binatang seperti lipas dan sebagainya. Najis lipas boleh merosakkan cetakan.

3. Jangan mencuci menggunakan larutan, sabun atau cecair kimia.

4. Jika perlu dibersihkan, memadai menggelapnya dengan kain basah yang lembut.

5. Jangan menyimpan di tempat yang bersuhu panas yang tinggi seperti di dalam kereta yang terjemur matahari yang terik.






No comments: