Mug Cenderamata

Cenderamata Seramik
Mug, piring, cawan dan peralatan seramik yang digunakan tidak sama seperti mug yang banyak dijual di kedai-kedai biasa atau kedai RM2. Maknanya, mug yang dijual di kedai-kedai atau pasaraya tidak boleh digunakan untuk tujuan ini. Sebaliknya mug untuk tujuan ini merupakan sejenis mug yang diimport yang mempunyai lapisan khas pada bahagian luarnya. Menggunakan kaedah heat transfer dengan suhu melebihi 300 C, mug tersebut dipanaskan bagi memindahkan imej yang dikehendaki dengan menggunakan sejenis filem atau transfer paper khas.
Mutu cetakan dengan kaedah ini amat berkualiti dan imej tidak akan luntur jika mug digunakan dengan cara biasa. Ia boleh dibasuh dengan air dan sabun atau seumpamanya.

Tempahan:

Tiada tempahan minima, satu unit pun diterima kecuali mini mug dan mini glass. Minimum tempahannya ialah 48 biji. Sila e-mel gambar/imej dan wording yang hendak dicetak. Imej hendaklah sekurang-kurangnya dalam format .JPEG beresolusi minima 300 dpi.

Penghantaran:

Kecuali serahan tangan, semua pesanan dihantar melalui kourier seperti Pos Laju atau syarikat kourier yang lain (jika dikehendaki oleh pelanggan). Kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan.

Parcel tracking: http://poslaju.com.my/emstrack

Tracking Semasa: http://cendera-mata.blogspot.com/p/tracking.html

Iklan

Makluman kepada Pelanggan

Kami tidak menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa. Kami hanya memiliki kurang daripada 30 unit/biji setiap produk yang ditunjukkan. Pesanan dalam kuantiti yang banyak memerlukan tempahan awal daripada tarikh produk diperlukan. Syarikat pembekal kami tidak berurusan pada Sabtu, Ahad dan kelepasan umum.


Contoh yang diberi untuk sesuatu tempahan/pesanan bukan merupakan cetakan yang sebenar. Ia hanyalah dummy untuk makluman/perhatian pelanggan. Tempahan tuan/puan diterima berdasarkan "yang dahulu didahulukan".

Tiada tempahan minima ditetapkan namun, harga pesanan satu unit  sahaja berlainan dengan tempahan yang lebih banyak.

Harap maklum, maaf dan terima kasih.